Thursday, April 15, 2010

Antara proses pembuatan tilam


Para pekerja mengawasi mesin penabur herba untuk memastikan setiap permukaan tilam diselaputi daun-daun herbal.

Proses pembuatan tilam- panorama TV 1

ONLINE ORDER FAME

Just email your name, address, telephone number and we will call you back. Thank you.
Hantarkan email seperti nama anda, alamat, nombor telefon dan kami akan menelefon anda kembali. Terima kasih.

Testimonial daripada Puan Hasnah Bt Bakar, Parit Buntar, Perak.

Setelah menggunakan tilam menaja Fame, saya mendapat:


  1. Tidur nyenyak sepanjang malam.
  2. Hilang sengal-sengal badan.
  3. Hilang sakit kepala yang amat sakit sewaktu datang haid setiap bulan.
  4. Hilang kebas kaki dan sakit lutut.
  5. Penglihatan lebih cerah dan boleh memandu kereta waktu malam.
  6. Sistem pernafasan lebih lancar. Boleh tarik nafas lega bila bangun tidur di waktu pagi.
  7. Jarang mendapat selesema.
  8. Boleh mendapat selesema
  9. Boleh menjahit baju tempahan di waktu malam.
  10. Tiada kegatalan kulit lagi sewaktu tidur.
  11. Hilang Sakit pedih ulu hati.

Sekian terima kasih.

Testimonial daripada Puan Ruslah Bt. Abdul Rahman, Temerloh, Pahang.

Saya merasa sungguh selesa tidur menggunakan tilam Herbal Fame kerana keanjalan dan ketebalannya yang mampu merawat pelbagai penyakit. Tidak kira yang berusia atau muda, milikinya sekarang kerana Herbal Fame harganya berpatutan.


Sekian teima kasih.

Wednesday, April 14, 2010

HARGA TILAM HERBAL FAME


*Harga tertakluk kepada syarat dan terma

Perhatian: Sila dengar siaran radio-radio seperti Perak FM, Melaka FM, Negeri Sembilan FM, Kedah FM, Johor FM, Pahang FM, Langkawi FM dan Perlis FM untuk mengetahui promosi-promosi terkini sekitar jam 9.00 pagi sehingga 12 tengahari.

Harap Maklum.






ALAMAT TILAM HERBAL FAME



HERBAL FAME SDN.BHD.

No 11, Bangunan MDS,
34100 Jalan Menteri,
Selama Perak,
Perak Darul Ridzuan.

Tel: 05-8396088
Fax: 05-8396788

Email order: herbalfame@gmail.com

Testimonial daripada Pn. Limah bt Ahmad, Arau, Perlis.

Saya membeli tilam FAME...


Dahulu kubangun pagi,
Badanku semuanya sakit,
Minyak urut sudahku sapu,
Kain selimut semuanya berbau,
Banyak sudah duitku habis,
Tapi!!! Badan sakit tidak juga terhakis.


Saya telah mendapat tahu,
Tilam FAME sangat bermutu,
Hati ini ingin mencuba,
Oh.... Baru ku tahu nikmat rasanya.


Umurku sudah meningkat,
Rakan sebaya banyak bertanya,
Ubat apa yang dimakan?
Jawapannya senang sahaja,
Tilam FAME sungguh berkesan,
Nombor telifon sudah kuberikan.


Terima kasih kepada syarikat FAME,
Saya bersyukur kepada Allah,
Badan saya tidak sakit lagi,
Bangun pagi senang sekali.


"TIDUR TIDAK BERAKHIR DENGAN FAME"

PETA DAERAH PERAK DARUL RIDZUAN


Selama Perak Map


Proses Pembungkusan Tilam


Antara Bahan-bahan yang digunakan.


Kakitangan Syarikat Fame


Tempahan dan maklumat lanjut
Hubungi:
HERBAL FAME SDN. BHD.
No 11, Bangunan MDS,
Jalan Menteri,
34100 Selama,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-8396088 / 05-8396488
Fax: 05-8396788

Proses pembuatan tilam


Para pekerja begitu teliti menghasilkan tilam berkualiti tinggi.

Testimonial daripada En. Abdul Manaf bin Mohamad, Kuala Lipis, Pahang.

Kiriman daripada En. Abdul Manaf bin Mohamad, Kuala Lipis, Pahang.

PERAKUAN MENGGUNAKAN TILAM FAME

Saya bersyukur kepada Allah selepas menggunakan tilam fame ini lenguh-lenguh, sakit-sakit di badan saya beransur pulih dan bertambah sihat. Alhamdulillah, saya memberitahu jiran-jiran saya sekiranya merasa sakit-sakit diseluruh anggota gunakanlah tilam FAME insyaallah.


Saya selalu berharap agar tuan dapat meluaskan lagi cawangan ke seluruh Malaysia.


Sekian, Terima kasih.

Tuesday, April 13, 2010

Testimonial daripada Puan Shobariah Hanafi, Sungai Petani, Kedah.

Herbal Fame,

Saya telah menggunakan tilam Fame dan telah mendapat manfaat daripadanya. Sebelum ini saya mempunyai masalah sakit pinggang, lemah-lemah badan dan sengal-sengal. Disebabkan itu, saya malas melakukan kerja rumah dan sering berasa mengantuk sahaja. tetapi setelah saya menggunakan Fame, dalam beberapa bulan sahaja terasa perbezaaannya. Alhamdulillah, badan saya terasa segar dan sakit yang saya alami semakin berkurangan. Aapbila badan sihat,saya rasa lebih ceria dan bermakna. Kerja dan aktiviti harian saya dapat dilakukan dengan lancar.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat Fame dan selamat maju jaya. Saya syorkan agaar pihak Fame dapat mempelbagaikan lagi barangannya demi kesejahteraan bersama.

Sekian terima kasih.

*MIMPI TAK AKAN BERAKHIR DENGAN FAME*

Testimonial daripada Siti Jabariah bt Syed Abu Kassim, Tronoh, Perak.

Kiriman daripada Siti Jabariah bt Syed Abu Kassim, Tronoh, Perak.

Saya membeli tilam fame dan telah mendapat

1) Tidur yang selesa
2) Mudah bangun pagi.
3) Kurang sakit badan-badan.
4) Letih-letih badan berkurangan.
5) Tidur yang nyenyak (lena)
6) Kurang panas badan.

Testimonial daripada Siti Zaleha Bt Mat Piah, Baling, Kedah.

Kiriman daripada Siti Zaleha Bt Mat Piah, Baling, Kedah.

Saya telah membeli dan menggunakan tilam fame selama setahun. Selama saya menggunakan tilam fame ini kulit badan saya tidak gatal-gatal lagi seperti dulu. Sekarang sudah sembuh seperti sediakala. Itulah keistimewaan dan kehebatan tilam fame.

Testimonial daripada Puan Radziah Bt Yaakup, Baling, Kedah

Kiriman daripada Puan Radziah Bt Yaakup, Baling, Kedah

Kebaikan penggunaan Tilam Fame:
1) menghilangkan sakit pinggang dan belakang.
2) Tidak Berbau
3) Tidak Panas
4) Tidak tenggelam
5) Mudah lena apabila tidur diatas tilam.
6) Harganya yang berpatutan
7) Fabriknya cantik dan selesa serta bermutu tinggi.

Penggunaan sejak 18.6.2006

Testimonial daripada Chong Foh Liong, Durian Tunggal, Melaka.

Kiriman daripada Chong Foh Liong, Durian Tunggal, Melaka.

Saya telah menggunakan tilam Fame kerana memenuhi inspirasi dan citarasa semua pengguna tanpa had umur.

Testimonial daripada Puan Mariati Bt Jasman, Hutan Melintang, Perak.

Saya telah membeli tilam Herbal Fame dan menggunakannya. Ia sungguh selesa apabila saya baring dan terus tertidur di atas tilam Herbal Fame.

Terima Kasih Herbal Fame.

Testimonial daripada Puan Che Aminah Binti Abu Bakar, Alor Star, Kedah.


Kiriman daripada Puan Che Aminah Binti Abu Bakar, Alor Star, Kedah.
Saya membeli tilam Fame dan telah mendapat tidur yang nyenyak sepanjang malam dan memberi keselesaan yang sempurna. Selain itu, tilam Fame juga menghilangkan sakit belakang dan pinggang serta dibuai mimpi yang indah, selesa, sejuk dan nyaman.
-Manja- Mimpi tak berakhir dengan Fame....
Terima Kasih.

Testimonial daripada En. Zulkifli Bin Mahmud, Alor Setar, Melaka.


Kiriman En. Zulkifli Bin Mahmud, Alor Setar, Melaka.
Saya telah membeli tilam Fame dan telah mendapatkannya. Setelah menggunakan tilam Fame, saya dan isteri rasa cukup berpuas hati. Bangun dari tidur badan rasa sihat dan segar. Malam-malam yang indah bersama isteri di sokong dengan tilam fame. Tidak seperti sebelumnya.
Terima kasih Tilam Fame. "Tilam Pilihan Ku"

Testimonial daripada Puan Sarifah Binti Md Ali, Kuala Ketil, Kedah.

Testimonial daripada Pn. Normah Bt. Sharif, Kg Lendu, Melaka.

Kiriman Pn. Normah Bt Sharif, Kg Lendu, Melaka.
Saya telah menggunakan tilam kesihatan MANJE FAME ini hampir satu tahun. Bagi saya tilam ini amat menakjubkan dan ia amat berkesan bagi saya yang berumur 54 tahun. Tilam ini memang sedikit berat, tetapi ianya padat dan selesa serta apabila tidur tidak melengkung. Ia juga tidak mudah berhabuk.
Selama saya menggunakan tilam ini banyak perbezaan dengan tilam yang saya gunakan dahulu. Sebab sebelum ini, saya selalu tidak bersemangat dan tidak selesa untuk bangun dari tidur serta sering lenguh-lenguh seluruh badan. Tetapi dengan tilam ini saya lebih segar, lenguh dan kejang kaki saya hilang serta merta. Tulang belakang dan leher juga tidak lagi sakit-sakit. Tilam ini membuatkan perjalanan darah saya lancar. Sehinggakan tidak sedar hari dah siang.
Kini saya lebih bersemangat melakukan kerja-kerja rumah. Bagi saya, harga tidak penting, sebab ianya berbaloi untuk saya serta seisi keluarga. Saya berterima kasih kepada syarikat HERBAL FAME yang telah memperkenalkan tilam ini melalui radio MFM (Melaka FM). Ia telah membuatkan hidup saya berubah dan segala masalah saya selama ini dapat di atasi.
Sekian terima kasih.

Testimonial daripada Puan Hajjah Che Amah bt Abdul Hamid, Kedah

Kiriman Puan Hajjah Che Amah Bt Abdul Hamid, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman.
Al-Kisah Tilam FAME
Pada mulanya, Saya mendengar promosi mengenai tilam fame ini melalui Radio Kedah membuatkan hati tertarik. Kebaikan serta faedah menggunakan tilam ini menjadikan saya teruja untuk lebih mengenalinya. Sementelah, saya memang mengalami pelbagai masalah seperti sakit pinggang, urat dan lenguh-lenguh badan sesuai dengan usia saya yang sudah warga emas ini. Teringin untuk lebih cergas dan bertenaga agar amal ibadat dapat dilakukan dengan lebih sempurna. Itulah yang menjadi harapan saya. Terdetik untuk mencuba tilam herba fame yang telah menjadi bualan ramai ini. Mungkin masalah yang saya alami, dapat diatasi. Justeru itu, saya menjadi pendengar setia Radio Kedah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat di mana tilam ajaib ini dipromosikan untuk memperolehi lebih informasi tentang produk ini.
Berpeluang ke Selama,Perak saya mengambil kesempatan untuk pergi sendiri ke tempat tilam fame beroperasi. Berpuas hati dengan layanan dan kemesraan kakitangan di sini serta penerangan yang diberikan, tanpa ragu saya yakin untuk membuat tempahan. Akhirnya pada 18 Mei 2008 saya telah memiliki tilam fame yang menjadi idaman. Penghantaran yang dibuat begitu effectif dan tersusun membuatkan saya dapat memiliki tilam ini dengan sempurna tanpa sebarang masalah atau kerosakkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan Fame.
Alhamdulillah, selepas menggunkan tilam manja fame ini, kesakitan terutama di bahagian pinggang yang menjadi mimpi ngeri saya sebelum ini semakin berkurangan. Dan kini, masalah urat saya juga turut hilang. Saya semakin cergas dan sihat untuk melakukan sebarang aktiviti. Saya yakin, tilam fame yang mengandungi herba dan ubatan ini mudah dan selesa untuk melakukan ibadat terutama di waktu pagi. Terima kasih fame yang telah mengembalikan keceriaan hidup saya. Saya juga punya kekuatan untuk bermain dan bergurau dengan cucu-cucu memandangkan saya sudah berjumpa dengan penawar kesakitan saya.
Setelah menggunakan sendiri produk istimewa ini dan merasai sendiri kebaikan dan keberkesanannya, saya semakin yakin untuk memperkenalkan kepada keluarga, saudara dan kawan-kawan. Kini, mereka juga mula berminat dan meyakini kemampuan tilam fame ini untuk merealisasikan impian mereka pula. Terima kasih FAME....
Akhir kata, sekali lagi sekalung tahniah kepada semua kakitangan FAME yang telah memberikan perkhidmatan yang begitu mesra. Terima kasih juga kerana telah memperkenalkan produk ini seterusnya memberikan dimensi baru kepada semua. Serangkap pantun saya sajikan tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mengendalikan produk istimewa ini.
Sakit pinggang terpancar di muka,
Keluh kesah mengundang curiga,
Tilam Fame menawar duka,
Hidup ceria di samping keluarga.
Rasa dahaga pilihlah air kelapa muda,
Belilah pula di kedai si nyonya,
Sakit pinggang hilang sakit urat pun tiada,
Tilam Manja Fame lah jawapannya.

Proses pembuatan tilam yang teliti dan bermutu tinggi.


Khidmat pelanggan kami akan menyediakan layanan yang terbaik untuk anda.

Testimonial daripada En. Ahmad Badri bin Zakaria, Perak


Kiriman daripada Ahmad Badri B. Zakaria, Selekoh, Perak.

Saya Ahmad Badri B. Zakaria telah membeli dan menggunakan tilam manja FAME 5 x 8 Q (Queen) dan 5 x 5 Q lebih kurang dua bulan. Antara kesan yang kami dapati:

1) Lengoh-lengoh badan berkurangan (ada perubahan)
2) Dulu bangun tidur kaki selalu krem. Alhamdulillah, sekarang dah ok. Tak pernah krem lagi.
3) Bentuknya tidak berubah dan tidak meninggalkan kesan lekok selepas semalaman berbaring diatasnya.
4) Kami sekeluarga telah tilam FAME ini. (Bermanja-manja bersama tilam FAME ini). Oklah, kami puas hati.
Sekian terima kasih.

Testimonial daripada Puan Hamidah Mustapah, Melaka

Kiriman surat daripada Puan Hamidah Mustapah, Melaka.
Kepada Peraduan Tilam Manja FAME.
Saya telah menggunakan tilam manja FAME dan mendapati....
Kenikmatan tidur sebenar sepanjang malam seperti zaman kanak-kanak seolah-olah tidak mempunyai masalah dalaman ataupun luaran. Menikmati kesegaran apabila bangun pagi bak bunga yang mengeluarkan haruman pagi.
Terima kasih.

Monday, April 12, 2010

Testimonial daripada Puan Nasrah




Kiriman daripada Puan Nasrah pada 20 May 2009 melalui email.


Assalamualaikum. Saya Puan Nasrah Bte Md Zin. Ini merupakan emel anak saya. Berikut merupakan testimonial saya berhubung pengalaman saya menggunakan produk tilam Fame. Sejak berusia 17 tahun yang lalu saya menghidapi sakit belakang iaitu selepas melahirkan anak kedua saya secara pembedahan (bius separuh badan). Saya sering berasa sakit apabila bangkit di waktu pagi sehinggakan menitis air mata lantaran kesan sakit dan tegang yang amat pada belakang saya. Hal ini mengakibat saya terpaksa saya terpaksa berjalan secara dan terpaksa mengerjakan solat subuh secara duduk. Sakit yang saya alami hanyalah reda pada waktu tengahari. Namun,dengan izin Allah saya telah ditemukan dengan tilam herbal fame. Setelah sebulan menggunakannya, bangkit pagi saya tidak lagi merasa sakit belakang. Malahan, saya berasa segar, senang melelapkan mata serta mudah bangun , seolah-olah saya merasakan masalah saya telah pun luput dalam minda saya.
Tidak ketinggalan juga berkaitan dengan penggunaan bantal Fame, ianya membuatkan saya mudah tidu, tengkuk tidak berasa lenguh dan penat setelah seharian bekerja menghadap komputer. Disamping itu, migraine saya juga reda.
Dengan ini saya menawarkan kepada anda yang mempunyai masalah sama seperti saya bolehlah mencuba berjinak dengan produk Fame. Insyaallah, anda pasti akan temui kemujarabannya.

TILAM HERBAL FAME

TILAM HERBAL PERTAMA DI DUNIA....
KUALITI DAN MUTU TERJAMIN.....

Tilam Herbal Fame merupakan pemenang anugerah The Malaysian Service Excellence Award 2008, The Malaysian Product Excellence Award 2008 ( Herbal Fame), The Malaysian Social Responsibility Excellence Award 2008 daripada The Malaysian Trade and Industry Organisation. Pengiktirafan ini adalah hadiah yang paling bermakna buat warga Fame dalam membuktikan keberkesanan tilam Herbal Fame ke atas para pengguna.

Ianya diperbuat daripada herbal-herbal yang terpilih seperti Jasmin, Semambu, Ginseng, Lavender dan Lada hitam yang bertujuan untuk memberi keselesaan kepada para pengguna. Herbal-Herbal ini merupakan kajian yang dibuat selama hampir 20 tahun lamanya sehinggalah hasil kajian tersebut menghasilkan produk yang berkualiti dan dikenali sebagai Tilam Herbal Fame.

Selain itu, penggunaan fabric yang bermutu tinggi dan selesa digunakan adalah keutamaan kami kepada pengguna. Jadi, kepada anda yang tidak selesa dengan menggunakan fabric tilam yang sedia ada, bertukarlah kepada Tilam Herbal Fame yang bukan sahaja tidak mengandungi bahan kimia, malahan sesuai untuk semua peringkat umur.

*Untuk tempahan lanjut, hubungi 05-8396088 atau SMS kami di talian 019-4144288 ataupun tuan-tuan dan puan-puan datang sendiri ke Premis kami yang beralamat di No11, Bangunan MDS, Jalan Menteri, 34100, Selama, Perak Darul Ridzuan.