Tuesday, April 13, 2010

Testimonial daripada Pn. Normah Bt. Sharif, Kg Lendu, Melaka.

Kiriman Pn. Normah Bt Sharif, Kg Lendu, Melaka.
Saya telah menggunakan tilam kesihatan MANJE FAME ini hampir satu tahun. Bagi saya tilam ini amat menakjubkan dan ia amat berkesan bagi saya yang berumur 54 tahun. Tilam ini memang sedikit berat, tetapi ianya padat dan selesa serta apabila tidur tidak melengkung. Ia juga tidak mudah berhabuk.
Selama saya menggunakan tilam ini banyak perbezaan dengan tilam yang saya gunakan dahulu. Sebab sebelum ini, saya selalu tidak bersemangat dan tidak selesa untuk bangun dari tidur serta sering lenguh-lenguh seluruh badan. Tetapi dengan tilam ini saya lebih segar, lenguh dan kejang kaki saya hilang serta merta. Tulang belakang dan leher juga tidak lagi sakit-sakit. Tilam ini membuatkan perjalanan darah saya lancar. Sehinggakan tidak sedar hari dah siang.
Kini saya lebih bersemangat melakukan kerja-kerja rumah. Bagi saya, harga tidak penting, sebab ianya berbaloi untuk saya serta seisi keluarga. Saya berterima kasih kepada syarikat HERBAL FAME yang telah memperkenalkan tilam ini melalui radio MFM (Melaka FM). Ia telah membuatkan hidup saya berubah dan segala masalah saya selama ini dapat di atasi.
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment