Al-Kisah Tilam FAME
Pada mulanya, Saya mendengar promosi mengenai tilam fame ini melalui Radio Kedah membuatkan hati tertarik. Kebaikan serta faedah menggunakan tilam ini menjadikan saya teruja untuk lebih mengenalinya. Sementelah, saya memang mengalami pelbagai masalah seperti sakit pinggang, urat dan lenguh-lenguh badan sesuai dengan usia saya yang sudah warga emas ini. Teringin untuk lebih cergas dan bertenaga agar amal ibadat dapat dilakukan dengan lebih sempurna. Itulah yang menjadi harapan saya. Terdetik untuk mencuba tilam herba fame yang telah menjadi bualan ramai ini. Mungkin masalah yang saya alami, dapat diatasi. Justeru itu, saya menjadi pendengar setia Radio Kedah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat di mana tilam ajaib ini dipromosikan untuk memperolehi lebih informasi tentang produk ini.
Berpeluang ke Selama,Perak saya mengambil kesempatan untuk pergi sendiri ke tempat tilam fame beroperasi. Berpuas hati dengan layanan dan kemesraan kakitangan di sini serta penerangan yang diberikan, tanpa ragu saya yakin untuk membuat tempahan. Akhirnya pada 18 Mei 2008 saya telah memiliki tilam fame yang menjadi idaman. Penghantaran yang dibuat begitu effectif dan tersusun membuatkan saya dapat memiliki tilam ini dengan sempurna tanpa sebarang masalah atau kerosakkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan Fame.
Alhamdulillah, selepas menggunkan tilam manja fame ini, kesakitan terutama di bahagian pinggang yang menjadi mimpi ngeri saya sebelum ini semakin berkurangan. Dan kini, masalah urat saya juga turut hilang. Saya semakin cergas dan sihat untuk melakukan sebarang aktiviti. Saya yakin, tilam fame yang mengandungi herba dan ubatan ini mudah dan selesa untuk melakukan ibadat terutama di waktu pagi. Terima kasih fame yang telah mengembalikan keceriaan hidup saya. Saya juga punya kekuatan untuk bermain dan bergurau dengan cucu-cucu memandangkan saya sudah berjumpa dengan penawar kesakitan saya.
Setelah menggunakan sendiri produk istimewa ini dan merasai sendiri kebaikan dan keberkesanannya, saya semakin yakin untuk memperkenalkan kepada keluarga, saudara dan kawan-kawan. Kini, mereka juga mula berminat dan meyakini kemampuan tilam fame ini untuk merealisasikan impian mereka pula. Terima kasih FAME....
Akhir kata, sekali lagi sekalung tahniah kepada semua kakitangan FAME yang telah memberikan perkhidmatan yang begitu mesra. Terima kasih juga kerana telah memperkenalkan produk ini seterusnya memberikan dimensi baru kepada semua. Serangkap pantun saya sajikan tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mengendalikan produk istimewa ini.
Sakit pinggang terpancar di muka,
Keluh kesah mengundang curiga,
Tilam Fame menawar duka,
Hidup ceria di samping keluarga.
Rasa dahaga pilihlah air kelapa muda,
Belilah pula di kedai si nyonya,
Sakit pinggang hilang sakit urat pun tiada,
Tilam Manja Fame lah jawapannya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePERKARA : TIDAK PUAS HATI DENGAN KUALITI TILAM
ReplyDeletePerkara di atas adalah di rujuk.
2. Saya telah membeli Tilam Herba Fame 5 x 7Q VIP dengan harga RM999 untuk ibu dan ayah di kampung. Tilam telah sampai di kampung saya yang beralamat Parit 15-A Sungai Lampam, 36000 Teluk Intan, Perak pada hari Jumaat (25 November 2011).
3. Setelah ibu bapa saya menggunakan 2 malam tilam itu (Jumaat dan Sabtu), mereka mengadu tilam itu telah melengkung dan berbau getah (tidak berbau herba sepertimana testimoni yang telah ditulis di dalam web site). Saya telah membuat aduan pada hari Ahad (27 November 2011) dengan menelifon Herbal Fame Sdn Bhd. Staf Herbal Fame meminta saya terbalikkan dahulu tilam itu. Ibu bapa saya sudah terbalikkan tilam itu tetapi malangnya perkara yang sama juga berlaku (tilam melengkung).
4. Saya berharap pihak syarikat bertanggungjawab di atas kerosakan tilam itu dengan mengganti balik tilam itu ataupun memulangkan wang kembali dengan kadar segera. Kerosakan tilam dalam masa 2 hari sangat tidak masuk akal. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih